Makna Syiah dan at-Tasayyuk: Syiah dan at-Tasyyuk pada bahasanya bererti ahlinya atau para pembantunya dalam menegakkan ajaran yang dibawa (ansaruhu).
Firman Allah: وَإِنَّ مِنْ شِيعَتِهِ لإِبْرَاهِيمَ Maksudnya: Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim.( [2]) Berkata Ibnu Kathir: Bererti ahli agamanya. Berkata Mujahid: Bererti orang yang mengikuti metod dan sunnahnya. Dalam kitab Milal wa-Nihal karangan as-Syahrastani: Bererti orang yang menegakkkan ajaran Imam Ali Abi Talib, mengatakan akan Imamnya dengan nas dan mendakwa seluruh keturunannya adalah Imam. Tentang kemunculan Syiah, ianya lebih merujuk kepada sejarah bahawa kemunculan mereka melalui tiga peringkat iaitu:
- Pertama: Peringkat Sejarah Sebahagian ahli sejarah (yang mengkaji tentang golongan-golongan dalam islam), berpendapat bahawasanya kelahiran dan pembentukan Syiah lebih merujuk kepada zaman nabi saw ketika hayatnya. Mereka mengatakan bahawa sesungguhnya nabi saw telah menaskan tentangnya keimamanya (Ali Abi Talib) ketika hayatnya. Mereka berdalilkan dengan hadith-hadith nabi, antaranya sabda Rasulullah saw:
من كنت مولاه فعلى مولاه اللهم والى من ولاه وعاد ممن عاداه وانصر من نصره واخذل من خذله وأدر الحق معه حيث دار.
Sabda Rasulullah saw lagi: أنت منى بمنزلة هارون من موسى الا أنه لا نبى بعدى Ketikamana nabi saw mempersaudarakan antara golongan Ansar dan Muhajirin, berkata nabi kepada Ali ra: Kamu (Ali) adalah saudaraku. Antara sabda Rasulullah saw:
أنا مدينة العلم وعلى بابها
Dan katanya lagi kepada Ali ra: تقاقل على تأويل القرآن كما قاتلت على تنزيله
Hadith-hadith ini adalah lahir daripada para pengikutnya. Mereka mendakwa nabi telah mewasiatkan agar Ali ra dilantik sebagai khalifah selepasnya. Mereka juga mengatakan bahawa Ali merupakan sebaik-baik umat.( [3]) Ini adalah peringkat sejarah dalam pembentukan Syiah.
Kedua: Peringkat politik Peringkat ini lebih merujuk kepada peristiwa yang berlaku selepas pembunuhan Khalifah yang ketiga iaitu Uthman bin Affan. Peristiwa tersebut berkesinambungan dengan berlakunya perang Siffin pada tahun 36H antara Ali beserta pengikutnya dengan pengikut-pengikut Khalifah Uthman Affan.
Sebagaimana yang telah maklum perang Siffin antara golongan Aliwiyin (para pengikut Syaidina Ali ra) dengan golongan Umawiyin (para pengikut Muawiyah Bin Sufyan) pada tahun 37H, merupakan sebesar-besar faktor yang telah membawa kepada pembentukan Jemaah Syiah dalam bentuk politik, di mana mereka mengangkat Ali sebagai Imam dan menanamkan semangat tersebut dalam politik mereka manakala golongan Umawiyin mereka anggap sebagai musuh ketat dan patut diperangi.
Permusuhan ini telah mengorbankan mangsa seramai beribu-ribu jiwa dikalangan umat Muslimin semaada di pihak Aliwiyin mahupun pada pihak Umawiyin. Peristiwa ini dinamakan sebagai peristiwa Fitnah Kubro ataupun Mihnatul al-Muslimin. Punca peristiwa ini adalah kerana campurtangan daripada golongan Yahudi terutamanya Abdullah bin Saba’ yang telah mengapi-apikan suasana. Akibat daripada sorotan peristiwa ini, telah mendorong para pengikut Ali mengangkatnya sebagai Khalifah yang pertama berdasarkan kepada nas dan penentuan daripada Rasulullah saw sebagaimana tersebut di atas.
Ketiga: Peringkat Aqidah Peringkat ini pula lebih merujuk kepada pembentukan Syiah sebagai sebuah parti agama (Hizbu ad-Dini), di mana mereka mengambil aqidah ini sebagai asas kepada pembentukan mereka berikutan dengan pembunuhan Syaidina Hussein ra pada tahun 61H. Mukhtar bin Abi `Abid at-Thaqafi (salah seorang mawali Parsi) sejurus kemudian pembunuhan Syaidina Hussein bertindak membakar dan menaikkan semangat pengikutnya untuk membalas dendam terhadap Umawiyin yang telah melakukan pembunuhan tersebut. Mukhtar mengambil peluang ini dengan mengumpulkan ramai pengikutnya dikalangan penduduk Iraq sehinggalah menjadi seakan-akan satu mazhab agama dan aqidah yang mengaku sebagai golongan ansar kepada Hussein dan keluarganya. Dengan ini jadilah tasayyuk ini sebagai acuan daripada agama.( [4]) Inilah tiga peringkat yang di lalui oleh Tasyyuk dan Syiah sehingga membawa kepada pembentukan mereka.

EmoticonEmoticon